Keputusan kes Najib dijangka 10 pagi

52

 28 JULAI: Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur menjadi tumpuan sejak 6.30 pagi ini berikutan Mahkamah Tinggi dijadual mengumumkan keputusan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghadapi tujuh pertuduhan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Najib, 67, akan mengetahui sama ada beliau dibebaskan atau didapati bersalah atas tiga pertuduhan  pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa melibatkan dana SRC.

Memetik laporan Bernama, Hakim perbicaraan Mohd Nazlan Mohd Ghazali dijangka menyampaikan keputusan pada 10 pagi.

Najib Razak

SRC International adalah bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini diletak di bawah Kementerian Kewangan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.