Amanah pecat keahlian Adun Sabak

223

28 JULAI: Adun Sabak, Ahmad Mustain Othman hari ini dipecat daripada Amanah kerana didapati melanggar disiplin sebagai ahli.

Setiausaha Agung Amanah Hatta Ramli berkata Mustain dipecat sebagai ahli seperti ditetapkan Fasal 21.12 Perlembagaan Parti Amanah Negara.

“Pemecatan ini selaras dengan Fasal 21.8 Perlembagaan Parti Amanah yang memberi kuasa kepada Lembaga Tatatertib untuk memecat mana-mana ahli yang didapati melanggar disiplin dan arahan parti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amanah sebelum ini mempunyai lapan wakil dalam DUN Selangor.  

Sementara itu, Ahmad Mustain ketika dihubungi PN BBC Portal berkata, beliau masih belum bersedia untuk memberi komen buat masa ini.

” Maaf buat masa ini saya belum bersedia untuk memberikan apa apa komen. Terima kasih,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.