5,000 lagi rumah kos rendah dicadang dibina di KL

48

28 JULAI: Kementerian Wilayah Persekutuan akan melancarkan Program Rumah Residensi Prihatin bagi membolehkan golongan kurang berkemampuan memilik kediaman sendiri yang dilengkapi dengan tiga bilik tidur dengan harga kurang daripada RM200,000, pada masa depan.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata langkah berkenaan menunjukkan kerajaan amat memandang berat mengenai keperluan mewujudkan
perumahan kos rendah di Wilayah Persekutuan terutama Kuala Lumpur.

Berikutan itu Annuar berkata kementerian bercadang melancarkan satu program baharu bagi membina rumah Prihatin berharga di bawah RM200,000 dilengkap dengan tiga bilik tidur dan mampu dibeli oleh golongan berpendapatan rendah.

“Bagaimanapun ada dua aspek penting diteliti iaitu pemilikan rumah dan kediaman yang boleh disewakan dengan kadar mampu dibayar oleh golongan sasar.

“Justeru, selain membina 5,000 unit rumah Residensi Prihatin dirancang dibina oleh Kementerian Wilayah Persekutuan menerusi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengadakan dua program lain iaitu ‘council home dan mikro home’.

“DBKL sedang membina hampir 2,000 unit council home untuk disewakan dengan kadar RM350 hingga RM850 sebulan, manakala mikro home pula adalah rumah kecil yang disewa dengan harga antara RM100 sebulan,” katanya ketika menjawab soalan lisan dikemukan oleh Ahli Parlimen PH Wang Maju, Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew di Dewan Rakyat di sini, sebentar tadi.

Dr Yee Kew meminta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan tindakan kementerian bagi mengatasi masalah kekurangan rumah kos rendah di mana ramai pekerja berpendapatan rendah di Kuala Lumpur terpaksa menyewa bilik ‘partition’ kecil yang dibina di atas kedai. Sehingga ada yang terpaksa berkongsi bilik kecil seramai 5 ke 10 orang.

Dalam pada itu, Annuar berkata DBKL kini sedang membina lebih 1,000 rumah mikro home untuk disewakan kepada golongan berpendapatan rendah termasuk pekerja pasar borong Kuala Lumpur.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.