TMM2020 dibatal, peruntukan RM90 juta disimpan

138

26 JULAI: Ahli Parlimen Warisan Papar, Ahmad Hassan terdiam selepas ditegur oleh Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri apabila cuba mempersoalkan tentang peruntukan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM 2020) yang dibatalkan susulan penularan COVID-19

Nancy berkata, walaupun jumlah peruntukan TMM 2020 dibatalkan, pihaknya masih menyimpan dan tidak menggunakan peruntukan berkenaan bagi tujuan promosi kempen tersebut namun belum mendapat kepastian untuk melancarkannya semula.

Beliau memberitahu, pada masa sama, pihaknya sedang melakukan perancangan dalam memastikan kerancakan ekonomi dan industri pelancongan meningkat semula di negara ini.

NANCY SHUKRI

“Kita telah mendapat peruntukan sebanyak RM90 juta tetapi kerana telah batalkan namun dalam kita membatalkan namun kita masih simpan peruntukan tersebut untuk Tahun Melawat Malaysia yang akan datang yang belum kita pasti.

“Kita masih buat perancangan apa yang kita lakikan dan kita masih lagi membuat pemantauan untuk kita memastikan negara yang bekerjasama kita adalah negara di bawah zon hijau dan dalam masa sama perlu memastikan rakyat mematuhi SOP (prosedur operasi standard) dan sebab ini faktor yang banyak membantu merancakkan semula lagi ekonomi kita,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Bersatu Sipitang, Yamani Hafez Musa berhubung sambutan pengusaha pelancongan dan rakyat terhadap galakan kerajaan mempromosi kempen pelancongan domestik, Nancy memberitahu, walaupun tidak mendadak peningkatannya tetapi memberikan kesan positif yang memperlihatkan aktiviti pelancongan di tahap memberangsangkan.

Beliau menambah, peningkatan ini disebabkan kesediaan dan keyakinan rakyat Malaysia disebabkan keupayaan Kerajaan dalam membendung COVID-19 yang menjadi titik permulaan yang baik buat industri pelancongan di negara ini.

“Daripada maklum balas kadar purata di beberapa hotel di bandar dan seluruh negara sambutan menggalakan terutamanya tempat-tempat yang menawarkan keindahan alam semula jadi seperti pulau, pantai, tanah tinggi atau hutan.

“Perjalanan untuk pemilihan sepenuhnya diakui masih jauh dan mencabar khususnya sektor yang bergantung pada pelancong asing yang sehingga kini kehadirannya masih sifar tetapi apa pasti MOTAC (Kementerian, Pelancongan, Seni dan Kebudayaan) yang bergantung pada pelancong asing yang sehingga kini kehadirannya masih sifar tetapi apa pasti MOTAC akan sentiasa bekerja rapat dengan semua pihak berkepentingan dalam industri dalam membantu mereka pada waktu sukar ini,” jelasnya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.