Adun DAP Pandungan keluar parti

102

27 JULAI: Muak dan bosan dengan DAP, Naib Pengerusi parti itu bagi Sarawak, Wong King Wei umum keluar parti semalam.

Selain itu, beliau mendakwa kecewa dengan arah tuju parti dan cara ia dikendalikan dan beberapa tingkah laku ahli parti itu.

Dalam kenyataan, Wong yang juga Adun Padungan selama 2 penggal turut menyatakan kecewa berhubung tuntutan Pemuda DAP supaya parti itu bertanding di kerusi Batu Lintang pada pilihan raya negeri akan datang.

Kerusi itu sebelumnya ditandingi PKR, rakan dalam Pakatan Harapan (PH).

“Kenapa kau buat begitu pada sekutu kamu? Kenapa tak boleh duduk berbincang dengan rakan kamu dan selesaikan hal itu bersama?” katanya.

Lebih menarik, Wong juga berkata, beliau akan menolak tawaran untuk bertanding semula.

Katanya, keputusan keluar parti lebih awal untuk memberi masa kepada DAP membuat persiapan calon baru.

“Saya muak dan bosan dengan cara politik seperti itu. Saya kecewa dengan arah tuju dan cara parti dikendalikan yang menyimpang daripada tujuan, objektif dan perjuangan ketika saya kali pertama menyertainya pada 2006,” katanya.

Wong menyatakan beliau tidak mempunyai rancangan untuk menyertai parti politik lain.

Pada 30 April 2019, , Jawatankuasa Hak Keistimewaan Dewan Undangan Negeri Sarawak telah memerintahkan Wong  digantung 12 bulan bermula hari ini berikutan kenyataannya yang menyingung perasaan Dewan dan Speaker pada persidangan DUN pada tahun sebelumnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.