COVID-19: Vietnam larang dagangan hidupan liar

33

25 JULAI: Vietnam mengeluarkan arahan melarang kegiatan perdagangan hidupan liar dengan serta-merta bagi mencegah risiko jangkitan COVID-9 dan wabak penyakit lain.

Memetik laporan Agensi, arahan yang dikeluarkan oleh Presiden Vietnam, Nguyen Xuan Phuc itu menerima sambutan baik daripada pertubuhan perlindungan alam sekitar.

Larangan berkenaan merangkumi kegiatan mengimport haiwan liar hidup, produk hidupan liar, pengharaman pasar hidupan liar dan menguatkuasa larangan pemburuan serta penjualan secara haram termasuk dalam talian.

Vietnam ketika ini menjadi hab penting di benua Asia bagi penjualan produk hidupan liar terutama sisik tenggiling, gading gajah dan sumbu badak yang dipercayai mempunyai nilai perubatan oleh sektor rawatan tradisional.

Namun aktivis Save Vietnam Wildlife, Nguyen Van Thai berpandangan, larangan berkaitan hidupan liar dalam arahan itu tidak mencukupi kerana tidak meliputi penggunaan haiwan untuk tujuan ubat atau disimpan sebagai haiwan peliharaan.

“Adalah penting untuk menyenaraikan penggunaan haiwan liar yang dilarang dengan terperinci lagi jelas supaya undang-undang ini tidak disalah guna,” jelasnya.

Pada Februari lalu, sebanyak 14 pertubuhan perlindungan alam sekitar menghantar memorandum bersama kepada kerajaan Vietnam untuk mengenal pasti dan menutup pasar serta lokasi yang menjadi premis dagangan hidupan liar.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.