Wanita langgar kuarantin di Ipoh positif COVID-19

83

24 JULAI: Kementerian Kesihatan mengesahkan wanita memakai gelang kuarantin yang tular dalam laman sosial kerana dipercayai melanggar arahan kuarantin wajib di rumah sebelum ini positif COVID-19 selepas memakai pelitup muka jenis fabrik.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, wanita itu dan seorang lagi anaknya berkemungkinan mendapat jangkitan import dari United Kingdom.

“Siasatan awal kami mendapati pelitup muka yang dipakai mereka adalah jenis fabrik bukan kegunaan perubatan.

“Hasil saringan COVID-19 mengesahkan anaknya disahkan positif Sabtu lalu dan sedang dirawat di hospital,” katanya.

Beliau menambah, Kementerian Kesihatan dan polis sedang menjalankan siasatan bagi mengesan kontak rapat dua beranak kes positif COVID-19 dari Ipoh itu.

Pada 20 Julai lalu, Jabatan Kesihatan Perak sedang mengesan seorang wanita yang diletakkan bawah pengawasan COVID-19 kerana dipercayai melanggar arahan pemantauan di rumah.

Wanita itu dilihat memakai gelang pada tangan kanannya, menunjukkan dia adalah individu di bawah pengawasan (PUS) tetapi dirakam gambarnya sedang makan di sebuah restoran di Bandar Meru Raya, Ipoh.

Penularan gambar itu dalam media sosial menimbulkan banyak kritikan dan kecaman dalam kalangan netizen.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.