Petrol, diesel turun harga

214

24 JULAI: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 turun empat sen seliter, masing-masing kepada RM1.68 dan RM1.98 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini sehingga 31 Julai.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata, harga runcit diesel juga turun sebanyak lima sen seliter kepada RM1.82.

“Penurunan ini dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses, selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa ini.

“Justeru, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia, serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.