SPRM gagal lucut hak wang Kasitah berkait 1MDB

345

24 JULAI: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini gagal di mahkamah dalam satu usaha melucut hak wang yang didakwa mempunyai kaitan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ini melibatkan permohonan SPRM melucut hak wang berjumlah RM100,000 daripada bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Kasitah Gaddam yang didakwa mempunyai kaitan 1MDB.

Ia berikutan keputusan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh hari ini menolak permohonan SPRM itu.

Memetik laporan Bernama, ini selepas mahkamah mendapati pendakwaan gagal membuktikan jumlah wang yang disita daripada akaun Kasitah di CIMB Bank Berhad adalah hasil daripada aktiviti haram.

Pada Jun tahun lalu, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata, permohonan perlucuthakan sivil difailkan terhadap 41 responden untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.