Apa keperluan saya sembunyi ADUN Warisan – Shafie

272

24 JULAI: Tiada keperluan untuk menyembunyikan mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Warisan Sabah (Warisan) kerana mereka bebas bergerak ke mana-mana sahaja dalam sebuhah negara yang demokratik.

Perkara itu dinyatakan oleh Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika ditanya media tentang dakwaan yang dikemukakan oleh Presiden Parti Solidariti Tanah Air Rakyat Sabah (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

“Apa keperluan saya untuk menyembunyikan ADUN daripada Warisan..mereka bebas untuk pergi ke mana sahaja dan meraka ada keluarga untuk dijaga.

“Kenapa saya perlu sembunyikan mereka ..di mana mereka? Saya baru balik dari Kuala Lumpur semalam dan saya menghadiri persidangan Parlimen,” katanya di Kota Kinabalu, hari ini.

Semalam, Jeffrey mendakwa Mohd Shafie menyembunyikan ADUN Warisan untuk mengelakkan mereka meninggalkan parti berkenaan.

Sejak beberapa hari lalu muncul banyak ura-ura mengatakan bahawa kerajaan negeri Sabah pimpinan Warisan bakal tumbang apabila beberapa ADUN daripada parti itu dikatakan bertindak keluar parti.

Berhubung dakwaan ada ADUN Warisan yang didatangi beberapa individu yang dipercayai cuba ‘membeli’ mereka untuk melompat ke parti tertentu, Mohd Shafie berkata, wakil rakyat berkenaan telah membuat laporan polis.

“Oleh itu kita minta polis atau pihak berwajib untuk menjalankan siasatan kerana ini adalah salah satu gangguan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.