Salur insentif tanam padi untuk Kedah

132

23 JULAI: Ahli Parlimen PAS Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman mencadangkan agar kerajaan menyalurkan imbuhan atau sumbangan tetap tahunan berjumlah RM320 juta kepada kerajaan negeri Kedah yang selama ini telah berbakti bagi memastikan padi yang menjadi makanan ruji negara sentiasa terjamin bekalannya.

Beliau berharap agar bantuan itu dapat dilaksanakan kerajaan persekutuan bagi membantu pembangunan Kedah sentiasa mampan seiring dengan negeri-negeri lain yang telah pun berkorban selama ratusan tahun dalam mengeluarkan tanaman padi.

Ahmad Tarmizi turut menyasarkan agar kerajaan Persekutuan dapat menaikkan kadar sara diri negara kepada 80 peratus melalui peningkatan pengeluaran serta pengurangan kebergantungan aktiviti import yang sangat penting dalam memastikan makanan asas rakyat tidak berkurangan.

“Kerajaan negeri Kedah akur status Negeri Jelapang Padi demi kestabilan dan pengukuhan sumber makanan negara makan kerajaan negeri akur di mana pengorbanan ini Kedah telah hilang perolehan tanah pendapatan negeri melalui pengkutipan cukai tanah sebanyak RM 1.7 Bilion.

“Justeru itu, berdasarkan pegorbanan Kerajaan dan rakyat negeri Kedah ini, saya cadangkan kerajaan persekutuan meneliti dan menilai dengan penuh keprihatinan bagi menyalurkan imbuhan atau sumbangan tetap tahunan sebanyak RM 320 juta kepada kerajaan negeri atas pengorbanan yang diberikan oleh rakyat dan kerajaan Kedah,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Tarmizi memberitahu sudah tiba masanya pihak kerajaan memfokuskan pertanian mampan bagi menjadikan agro pertanian sebagai agenda utama dalam Agro Makanan 2.0 di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Menurut beliau, dana khas perlu diwujudkan bagi menghasilkan tanaman organic berskala besar di samping agenda ini perlu dimanfaatkan kepada seluruh petani dan pesawat dalam meningkatkan sosioekonomi kehidupan mereka.

“Pengusaha padi ini kebanyakan mereka berumur 60 tahun dan mereka berdepan dengan masalah kesihatan. Kajian menunjukkan 75 peratus pesawah mengalami symptom pendedahan racun serangga sehingga ada yang menggangu system saraf utama.

“Oleh kerana itu, agenda food culture ini supaya baja kimia dan racun subsidi ini disemak semula dan dapatkan alternative baja dan racun organic demi kesihatan petani di seluruh negara khsususnya di Kedah di samping mweujudkan insurans takaful buat petani dan pesawah,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mencadangkan agar kementerian dapat menyelesaikan masalah pengganguran belia di desa disebabkan rangsangan serta rancakan ekonomi di kawasan Sik tidak seperti di daerah lain yang mempunyai banyak peluang pekerjaan.

“Saya juga berharap agar harga getah yang rendah dapat dipandang serius oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi agar persoalan ini tidak terus menjadi rungutan di kalangan penoreh yang kekurangan pendaptan dan pasti beri kesan kepada kehidupan mereka.

“Kerajaan juga perlu mewujudkan pasukan khas bagi menyelesaikan dan melihat isu rumah uzur kerana banyak keadaan rumah uzur dan daif yang pernah saya bangkitkan perkara ini yang tidak dapat diduduki oleh penduduk,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.