PRK DUN Slim 29 Ogos – SPR

348

23 JULAI: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim akan diadakan pada 29 Ogos ini bagi mengisi kekosongan selepas penyandangnya, Datuk Mohd Khushairi Abdul Talib meninggal dunia pada 15 Julai lalu.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dr Azmi Sharom berkata, hari penamaan calon ditetapkan pada 15 Ogos manakala hari mengundi awal pada 25 Ogos.

Menurut beliau, tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari selepas hari penamaan calon sehingga jam 11.59 malam, 28 Ogos.

“Bagi urusan permohonan undi pos luar negara dan dalam negara, tarikh buka dan tutup permohonan adalah pada 23 Julai dan 13 Ogos 2020,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Azmi turut memaklumkan, Pegawai Daerah Mualim, Shamsul Ridzuan Idris, dilantik sebagai Pegawai Pengurus PRK DUN Slim dan beliau akan dibantu oleh empat Penolong Pegawai Pengurus. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.