Skandal TH: Azeez sedia berdebat dengan Mujahid

133

22 JULAI: Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bersedia untuk berdebat dengan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof tentang isu Lembaga Tabung Haji (TH).

Debat yang bertajuk ‘Tabung Haji: Di Mana Silapnya?’ itu dijadualkan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada jam 8.30 malam, 28 Julai ini.

Program itu bakal dikendalikan oleh Timbalan Presiden Angkatan Karyawan Nasional (Akar), Ayatullah Helme Mohd Hanafi selaku moderator.

Abdul Azeez yang juga bekas Pengerusi TH berharap Muhajid dapat memberi jawapan untuk cadangan debat tersebut.

“Saya menunggu maklum balas dari pencadang sama ada YB Parit Buntar sudi dengan jemputan ini.

“Kebetulan hari raya korban nak dekat dah ni,” katanya dalam hantaran Facebook beliau malam tadi.

Isu skandal TH yang didakwa berlaku semasa zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH) sedang hangat dibahaskan ketika ini termasuk dalam sidang Dewan Rakyat. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.