Mujahid setuju debat, tetapi ada syarat

1,984

22 JULAI: Ahli Parlimen PH Parit Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menyatakan persetujuan untuk berdebat dengan Ahli Parlimen BN Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim tentang skandal Lembaga Tabung Haji (TH).

Walau bagaimanapun, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) era Pakatan Harapan (PH) itu meletakkan syaratnya sendiri.

“Saya setuju berdebat bersama YB Azeez Rahim MP Baling hanya di platform yang bebas seperti Sinar Harian.

“Dan saya telah pun menyatakan persetujuan untuk berdebat dengan YB Azeez anjuran Sinar Harian,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya hari ini.

Malam tadi, Abdul Azeez yang juga bekas Pengerusi TH menyatakan kesediaan untuk bersemuka dengan Mujahid dalam forum debat bertajuk ‘Tabung Haji: Di Mana Silapnya?’ itu dijadualkan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada jam 8.30 malam, 28 Julai ini.

Program itu bakal dikendalikan oleh Timbalan Presiden Angkatan Karyawan Nasional (Akar), Ayatullah Helme Mohd Hanafi selaku moderator. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.