Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha 31 Julai

53

21 JULAI: Umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Jumaat, 31 Julai, menurut Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan berkata, tarikh terbabit sudah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Malaysia mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah, 1441 Hijriah ialah pada 22 Julai 2020 .

“Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijjah) bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Jumaat, 31 Julai 2020 Masihi,” menurut kenyataan itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.