PMO siar ralat jumlah penerima bantuan Prihatin

106

21 JULAI: Terdapat beberapa pembetulan terhadap jumlah sebenar golongan yang menerima bantuan kerajaan di bawah inisiatif Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas, semalam.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan media hari ini berkata, jumlah sebenar adalah sebanyak 68,336 pemandu e-hailing telah menerima elaun tunai RM500 berjumlah RM34 juta.

“Manakala 37,127 pemandu teksi, pemandu pelancong dan pemandu bas pesiaran telah menerima elaun tunai RM600 dengan jumlah keseluruhan RM22.2 juta.

“Mengenai bantuan subsidi upah pula, inisiatif ini yang bernilai RM7.4 bilion telah memberi manfaat kepada 313,000 majikan dan 2.5 juta pekerja di seluruh negara,” kata Pejabat Perdana Menteri.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.