Tambah dana TEKUN bantu PKS

53

20 JULAI: Kerajaan sedang mengadakan perbincangan untuk menambah dana TEKUN Nasional agar bantuan tambahan dapat disalurkan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat COVID-19.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, perbincangan itu melibatkan kementeriannya dan Kementerian Kewangan.

Menurut beliau, keputusan mengenai perbincangan tersebut akan diketahui dalam tempoh seminggu hingga dua minggu lagi.

“Sebenarnya peruntukan kepada TEKUN ada batasannya dan bantuan sedemikian dibuat oleh pihak Bank Simpanan Nasional (BSN).

“Bagaimanapun, saya telah berbincang dengan Menteri Kewangan untuk menambah peruntukan kepada TEKUN supaya kita dapat memberi bantuan kepada PKS,” katanya dalam sesi soal jawab lisan sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen PH Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berhubung PKS yang tidak menerima Geran Khas Prihatin bagi PKS sebanyak RM3,000.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.