Selepas 10 hari, Adun DAP Rahang buat pusingan U

202

20 JULAI: Hanya 10 hari selepas membuat keputusan keluar DAP, Adun Rahang Mary Josephine Prittam Singh membuat pusingan U – berpatah semula kepada parti asalnya.

Dengan alasan melalui 10 hari tanpa parti  yang diperjuangkan sejak lebih 40 tahun ‘menyakitkan’, beliau berkata, akan mematuhi semua keputusan parti.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong saya, mereka yang mengundi saya, dan semua pemimpin parti, terhadap sokongan, pesanan dan gesaan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi DAP Negeri Sembilan Anthony Loke Siew Fook dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Maru berharap parti tidak membuat keputusan ‘pusingan-U’ hanya semata-mata kerana beliau.

Dalam pada itu, Loke berkata keputusan Mary untuk menarik semula keputusannya itu memberi mesej Pakatan Harapan di Negeri Sembilan kekal stabil untuk terus mentadbir hingga akhir tempoh penggal ini.

Berdasarkan perkembangan terbaharu ini, DUN Negeri Sembilan kembali kepada posisi asal iaitu PH mempunyai 20 kerusi manakala BN mempunyai 16.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.