Noh ingatkan Selangor jangan politikkan SMUE

25

18 JULAI: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Selangor diberi ingatan agar jangan menjadikan program Skim Mesra Usia Emas (SMUE) sebagai skim memancing undi.

Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar Beliau berkata, program tersebut jika mahu dilaksanakan perlulah dibuat secara berterusan dan bukannya hanya bila menjelang pilihan raya umum.

“Jangan jadikan skim pancing undi bila dengar ura-ura nak PRU (pilihan raya umum) awal baru nak sibuk bantu rakyat.

“Kalau nak buat, buat betul-betul dan kena berterusan, jangan sekejap ada sekejap tak ada macam sabut timbul dan tenggelam,” katanya yang turut menyokong usaha tersebut dalam satu hantaran di Facebook.

Noh yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor berkata demikian apabila mendapat maklum Kerajaan Negeri Selangor mahu memperkenalkan semula SMUE untuk rakyat Selangor.

Untuk rekod, SMUE bermula sebagai skim khairat kematian kepada warga emas dan orang kelainan upaya yang layak sebanyak RM2,500 yang diperkenalkan sejak tahun 2008.

Bagaimanapun pada 1 Mei 2019, program tersebut telah dihentikan dan diganti dengan pemberian manfaat semasa hidup di dalam bentuk Jom Shopping sebanyak RM100 setahun.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.