AS menghampiri 80 ribu kes sehari

33

18 JULAI: Amerika Syarikat (AS) mencatatkan hampir 80,000 kes baharu COVID-19 dalam tempoh sehari, ketika mana seluruh negara itu masih bergelut untuk menyuruh rakyat mereka mematuhi garis panduan kesihatan.

Jika tiada perubahan ketara dalam kalangan sikap warga AS, dijangkakan kes di negara itu akan mencecah 100,000 sehari seperti mana pernah diramalkan pakar kawalan penyakit terkenal, Dr Anthony Fauci.

Menurut data John Hopkins University semalam, 77,638 kes baharu dilaporkan melibatkan 728 kematian akibat pandemik berkenaan.

AS menjadi negara paling teruk dilanda COVID-19 dengan angka keseluruhan mencecah 3.64 juta kes diikuti negara Amerika Selatan, Brazil yang mencecah lebih dua juta.

Beberapa hari lalu, Presiden Donal Trump dilihat memakai penutup hidung dan mulut di khalayak selepas didesak pelbagai pihak supaya menunjukkan contoh kesihatan yang kepada rakyatnya.

Pakar kesihatan awma juga mengkritik pentadbiran negeri-negeri kerana tidak melakukan sepatutnya dalam usaha memerangi COVID-19.

Khamis lalu, Los Angeles sahaja dilaporkan mencatatkan sebanyak 4,592 kes baharu COVID-19.

“Tanpa tindakan agresif daripada setiap orang, kami tidak akan membantu mengurangkan penyebaran wabak,” kata Pengarah Kesihatan Awam daerah, Barbara Ferrer, dalam satu kenyataan.

Di Texas dan Arizona, yang berhadapan dengan peningkatan mendadak kes jangkitan dan kematian, turut membuat pengesanan suhu badan terhadap penduduknya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.