Bekerjasama untuk bangunkan negara

82

16 JULAI: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerjasama Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zhong) sebagai antara badan terbesar yang mewakili masyarakat Cina dengan kerajaan adalah penting.

Menurut Perdana Menteri, kerjasama ini bukan sahaja bagi membangunkan komuniti Cina tetapi negara secara keseluruhan.

“Di pihak kerajaan, saya mengalu-alukan apa jua cadangan termasuk daripada Hua Zhong yang dapat membantu negara untuk merancakkan semula ekonomi pasca COVID-19,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya hari ini.

Dalam catatan itu, Perdana Menteri memaklumkan beliau menerima kunjungan Hua Zhong di pejabatnnya di bangunan Parlimen.

“Pada pertemuan dengan gabungan itu yang diketuai Pengerusinya, Tan Sri Dr Goh Tian Chuan, kami membincangkan pelbagai perkara merangkumi hal ekonomi, budaya dan pendidikan.

“Saya membangkitkan tentang pentingnya kerjasama antara badan terbesar mewakili kaum Cina itu dengan kerajaan, bagi membangunkan bukan sahaja komuniti Cina tetapi Malaysia secara keseluruhan,” jelas Muhyiddin.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.