Dua ditahan persenda Hari Jawi

34

15 JULAI: Dua lelaki yang memuat naik komen di media sosial mempersenda keputusan kerajaan menjadikan Jumaat sebagai Hari Jawi ditahan polis.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, tangkapan terhadap dua lelaki berkenaan dilakukan di dua lokasi berbeza semalam dan hari ini.

Menerusi laporan Harian Metro, kedua-dua lelaki berusia 25 dan 35 tahun itu ditahan di Tanjung Rambutan, Perak dan Butterworth Pulau Pinang.

“Mereka ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi akhbar tersebut.

Terdahulu, polis menerima satu laporan polis dibuat di Kluang, Johor berhubung komen netizen mempersenda hari Jumaat sebagai ‘Hari Jawi seperti diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada 10 Julai lalu.

Keputusan kerajaan itu kata Zulkifli adalah sebahagian daripada usaha untuk mengekal dan memperkasa tradisi dan kebudayaan membentuk Malaysia sehingga hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.