1,283 gelandangan diselamatkan kerajaan semasa PKP

97

15 JULAI: Seramai 1,283 gelandangan diselamatkan oleh kerajaan dan ditempatkan di 23 pusat gelandangan di seluruh bandar utama di negara ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung wabak COVID-19.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berkata Selangor negara tertinggi yang mempunyai gelandangan dikuti negeri Johor dan Sarawak di samping 87 peratus daripada gelandangan merupakan kaum lelaki.

Menurut beliau, pihaknya bersama agensi berkaitan menyediakan pelbagai inisiatif dalam membantu yang gelandangan yang tejejas disebabkan kesan COVID-19 yang melanda di negara ini.

RINA HARUN

“Kementerian di bawah Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) akan menghantar pulang gelandangan yang mempunyai keluarga serta kemasukan ke institusi JKM jika tiada waris. Kita juga telah menempatkan 130 gelandangan untuk ikuti kursus sahsiah diri yang akan berakhir pada 18 Julai ini.

“Kita juga dengan kerjasama NGO (pertubuhan bukan kerajaan) menempatkan 50 orang gelandangan guna dadah ditempatkan untuk menjalani pemuliahan. Ini kerana apabila mereka yg telah kita saring sewaktu PKP ada masalah mental dan juga dadah di mana dalam membantu mereka kembali,” katanya dalam sesi soal jawab lisan sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen PAS Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli tentang tindakan yang diambil oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam menangani isu gelandangan dan peleseran semasa tempoh PKP.

Menjawab soalan tambahan Wan Hassan mengenai perancangan menyeluruh oleh Kementerian bagi menangani isu gelandangan, Rina memberitahu pihaknya telah mengadakan kerjasama dengan pelbagai pihak kementerian dan NGO bagi memastikan statistik gelandangan dapat diturunkan.

“Kita juga akan mengakaji semula Akta Orang-Orang Papa 1977 bagi menambah baik dan kita juga akan aktifkan semula Sekratariat Pengelandangan dan Pengemisan yang akan melibatkan pelbagai kementerian dan NGO.

“Kita faham ketika PKP, NGI mempunyai peranan sangat baik bagi menangani isu gelandangan. Terima kasih kepada semua terlibat telah membantu isu gelandangan khususnya ketika COVID-19,” katanya.

Sementara itu, keyika menjawab soalan Ahli Parlimen DAP Segambut, Hannah Yeoh mengenai isu pelarian, Rina berkata pihaknya telah pun mengadakan kerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri bagi menangani isu warga asing.

“Bukan ketika ini tetapi ketika PKP lagi telah kerjasama Kementerian dalam Negeri kerana isu berkaitan bukan warga asing ini dapat pandangan dengan Kementerian luar dan kita akan lihat dari semasa ke semasa tentang keselamatan mereka,” jelasnya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.