Nik Zawawi ‘sekolahkan’ Maszlee tentang hadis

8,891

14 JULAI: Ahli Parlimen BEBAS Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik mungkin tersalah orang apabila cuba memperbetulkan doa dalam bahasa Arab yang dibaca Ahli Parlimen PAS Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Terdahulu, Ahli Parlimen BN Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan ketika membentangkan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong membaca doa dalam terjemahan bahasa Melayu yang bermaksud: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada kekufuran dan kefakiran, dan aku berlindung dengan-Mu dari azab kubur. Tiada Tuhan melainkan Engkau.”

Beliau kemudian mempelawa Nik Muhammad Zawawi membaca doa yang berasal dari hadis Nabi Muhammad SAW itu dalam versi bahasa Arab.

Walau bagaimanapun, Maszlee bangkit mencelah dan menegur Nik Muhammad Zawawi tentang hadis yang dibacanya.

“Saya ingin membuat pembetulan doa yang dibaca oleh Pasir Puteh tadi, yang mana hadis yang pertama itu merupakan doa yang kita baca biasanya di tahiyyat akhir.

“Tadi, Pasir Puteh mungkin terkejut bila disergah oleh Pontian,” katanya sambil menjelaskan Nik Muhammad Zawawi tertinggal bacaan bahasa Arab bagi terjemahan ‘aku berlindung dengan-Mu dari azab kubur’.

Nik Muhammad Zawawi seterusnya ‘mengajar’ Maszlee dan menjelaskan bahawa rujukan yang dibuat oleh bekas Menteri Pendidikan itu adalah kurang tepat.

“Sebenarnya ia tidak ada sambungannya. Ia adalah hadis yang lain. Ia adalah terjemahan yang digabung, hadis itu ia berbeza sebenarnya.

“Matan hadis tidak boleh ikut terjemah, mesti ikut hadis,” jelasnya.

Sebagai Ketua Dewan Ulama PAS, sudah tentu Nik Muhammad Zawawi lebih arif tentang ilmu agama termasuk doa yang dibacanya itu. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.