Tanpa Anwar, gerak kerja Tun M lebih mudah

177

11 JULAI: Ketiadaan kelibat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memudahkan lagi gerak kerja bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan sekutu-sekutunya dalam blok Bebas.

Bekas Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, Dr Mahathir membuat keputusan yang amat tepat apabila kekal bersama Parti Warisan Sabah (Warisan) dan tidak lagi mempunyai ikatan dengan Pakatan Harapan (PH).

“Senario lanskap politik tanahair dijangka akan berubah lagi dengan perkembangan terbaru ini.

“Saya akan terus berjuang dengan Dr Mahathir, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal serta rakan-rakan lain yang kini telah mengujudkan satu dimensi baru wadah perjuangan blok bebas tanpa terikat dengan PH,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Dr Mahathir dan lima bekas pemimpin Bersatu mengumumkan mereka menjadi Ahli Parlimen Bebas kerana membantah keputusan PH memilih semula Anwar sebagai calon Perdana Menteri mereka.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi menyatakan keputusan itu dalam kenyataan bersama Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah; Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh; Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik.

Bagi menjelaskan tentang keputusan itu, enam bekas pemimpin Bersatu tersebut telah mengambil ketetapan untuk berpegang kepada keputusan yang telah diambil akhir Jun iaitu untuk menamakan Mohd Shafie yang juga Presiden Warisan sebagai calon Perdana Menteri. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.