Hagia Sophia dibuka untuk solat, 24 Julai

76

11 JULAI: Setelah 85 tahun dijadikan muzium, Hagia Sophia di Turki kembali dibuka kepada umat Islam menunaikan solat termasuk solat Jumaat mulai 24 Julai ini.

Berita gembira itu diumumkan oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dalam laman Facebook miliknya, malam tadi.

“Dengan kuasa Tuhan, kita akan melakukan solat Jumaat bersama-sama pada 24 Julai dan membuka Hagia Sophia untuk beribadah.

“Seperti semua masjid kita, pintu Hagia Sophia akan dibuka kepada semua penduduk tempatan dan orang luar, Muslim dan bukan Muslim,” katanya.

Beliau turut menyifatkan perkembangan terbaharu melibatkan Hagia Sophia itu sebagai petunjuk positif dalam usaha membebaskan Masjid Al-Aqsa.

Hagia Sophia dijadikan muzium pada 1935 selepas Presiden Turki yang pertama, Mustafa Kemal Ataturk berkuasa.

Bangunan bersejarah yang ikonik dan dibina pada kurun keenam itu mula dijadikan masjid pada 1453 setelah Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya menawan Constantinople.

Status muzium Hagia Sophia dibatalkan oleh mahkamah Turki baru-baru ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.