Aduan dari tiga mangsa kes cabul babit aktivis

94

10 JULAI: Polis menerima aduan daripada tiga lelaki yang didakwa menjadi mangsa pencabulan oleh seorang pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada tahun lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata pasukan penyiasat juga sudah merekod keterangan lelaki yang didakwa melakukan pencabulan terbabit.

“Pihak polis telah menerima aduan dari tiga mangsa, susulan dakwaan seorang aktivis berhubung dakwaan mencabul seorang doktor pelatih pada November tahun lalu.

“Keterangan turut direkodkan dari suspek itu sendiri dalam siasatan kes terbabit,” katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Abdul Hamid, berkata kes berkenaan akan ditangani secepat mungkin memandangkan laporan polis disusuli kertas siasatan juga telah dibuka polis.

“Kita akan tangani dengan segera kes ini yang mana siasatan masih diteruskan. Jadi saya berharap orang awam tidak membuat sebarang andaian mereka sendiri,” katanya

Terdahulu polis telah membuka kertas siasatan terhadap seorang aktivis sebuah NGO pemikir berhubung dakwaan mencabul seorang doktor pelatih pada November tahun lalu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.