MITI terima ISO perakui Sistem Pengurusan Anti Rasuah

97

9 JULAI: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berjaya memperoleh Pensijilan Piawaian Antarabangsa ISO 37001: 2016 semalam.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjelaskan, pensijilan itu secara khususnya memperakui Sistem Pengurusan Anti Rasuah di sesebuah organisasi.

Menurut beliau, MITI merupakan kementerian yang pertama di bawah kategori kementerian berisiko sederhana yang berjaya menerima pensijilan tersebut.

“Pencapaian ini amat signifikan buat MITI dalam meningkatkan kecekapan dan ketelusan pengurusan di peringkat kementerian berteraskan prinsip tatakelola baik, berintegriti dan anti rasuah.

“MITI menyahut aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang dikenali kerana integritinya di peringkat antarabangsa,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, malam tadi. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.