Bank Muamalat turun 25 mata asas BR, BFR

19

9 JULAI: Bank Muamalat Malaysia Bhd akan menurunkan Kadar Asas (BR) dan Kadar Pembiayaan Asas (BFR) sebanyak 25 mata asas, masing-masing kepada 2.56 peratus dan 5.56 peratus mulai 13 Julai ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairul Kamarudin berkata, langkah itu akan memberi kesan kepada semua pakej pembiayaan kadar terapung yang disandarkan kepada BR dan BFR.

Menurut beliau, kadar deposit akaun-i jangka tetap turut menerima kesan berikutan semakan Kadar Dasar Semalaman (OPR).

“Penurunan itu akan merendahkan kos pembiayaan dan menyebabkan peningkatan pendapatan boleh guna kepada pengguna.

“Kami berharap ini akan mendorong perbelanjaan dan merancakkan ekonomi domestik,” katanya dalam kenyataan media.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.