Kenyataan disalah tafsir, Abd Latiff mohon maaf

1,996

8 JULAI: Ahli Parlimen Mersing Datuk Dr Abd Latiff Ahmad memohon maaf atas kekhilafan beliau berhubung keratan kenyataan video yang tular di media sosial, semalam.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata, kenyataannya telah disalah tafsir dan mungkin mengecilkan hati sesetengah pihak.

“Kenyataan itu adalah kenyataan peribadi bukan mewakili parti. Saya dengan rendah diri Ingin memohon maaf sekiranya kenyataan Saya itu menyinggung perasaan sesetengah pihak,” katanya.

Menurut Abd Latiff, selaku ahli parti Bersatu beliau   mendukung penuh hasrat Perikatan Nasional. 

“Musuh sebenar adalah pihak lawan, Jangan biarkan kita bercakaran. Saya sekali lagi memohon maaf atas kekhilafan Saya” katanya.

Tambah beliau, mengaku salah dan meminta maaf adalah sifat azali Adam, bukian sombong macam iblis, sudahlah salah tetpi tidak mahu mengalah dan derhaka.

Keratan rakaman video program beliau di Mara yang tular itu menyentuh mengenai ahli politik yang berhijrah daripada parti asal serta kedudukan UMNO di Sabah.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.