Sidang Parlimen ambil kira norma baharu COVID-19

58

7 JULAI: Sidang Dewan Rakyat mulai 13 Julai hingga 27 Ogos ini serta sidang Dewan Negara mulai 2 hingga 23 September akan berlangsung dengan mengambil kira norma baharu dalam memerangi pandemik COVID-19.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah meluluskan prosedur operasi standard (SOP) Pelaksanaan Persidangan Parlimen.

Menurut beliau, antara SOP yang dipersetujui adalah pemakaian pelitup muka, penyediaan cecair pembasmi kuman serta jarak sosial satu meter tempat duduk semasa persidangan Parlimen berjalan.

“Semua yang terlibat termasuk Ahli Parlimen, pegawai kerajaan dan petugas media perlu menjalani proses pendaftaran menggunakan aplikasi MySejahtera serta saringan suhu badan sebelum dibenarkan masuk.

“Hanya Ahli Parlimen dan pegawai dibenarkan masuk ke dewan persidangan manakala hanya petugas media dan penjawat awam dibenarkan berada di Bangunan Parlimen,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.