Banjir di Jepun ragut 50 nyawa

39

7 JULAI: Sekurang-kurangnya 50 orang maut, manakala lebih 12 lagi dilaporkan masih hilang akibat banjir dan tanah runtuh di barat Jepun yang berlarutan sejak Sabtu lalu.

Ia selepas hujan lebat melanda wilayah berkenaan dan pihak berkuasa berkata, angka korban dijangka meningkat.

Pasukan penyelamat kini bertungkus-lumus untuk menyelamatkan mangsa yang masih terperangkap.

Perdana Menteri Shinzo Abe berkata, pihaknya sudah menggandakan jumlah kakitangan pasukan penyelamat kepada 80,000 orang.

Beliau berkata, ia termasuk bomba, polis, tentera dan pengawal

Memetik laporan berita tempatan, penduduk menceritakan keadaan di wilayah itu sungguh dahsyat.

“Tempat kami bertukar menjadi tasik yang luasa. Saya harap pihak penyelamat dapat menemui lebih ramai mangsa dalam keadaan selamat,” kata seorang penduduk di Kumamoto.

Sementara itu, jabatan meteorologi negara itu memberikan amaran kecemasan hujan lebat dan tanah runtuh di barat daya Jepun.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.