UMNO jangan terheret polemik calon PM

79

6 JULAI: UMNO tidak seharusnya terheret sama dalam polemik perbahasan mengenai calon Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang dicetuskan oleh pihak tertentu.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tumpuan seharusnya diberikan kepada usaha menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat.

“UMNO sedar terdapat usaha giat dilakukan untuk menggugat kedudukan Perdana Mentteri oleh pihak-pihak yang mahu merebut jawatan berkenaan.

“Arahan telah dikeluarkan kepada Ahli-ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada terus diganggu-gugat oleh pihak pembangkang,” jelasnya dalam kenyataan media, hari ini.

Ketika ini, pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) masih belum mencapai kata sepakat berhubung calon Perdana Menteri jika mereka berkuasa semula.

Beliau menambah, fokus UMNO ketika ini adalah untuk memastikan isu-isu berkaitan kebajikan dan kepentingan rakyat yang semakin tertekan dalam menghadapi bebanan hidup pasca COVID-19 ditangani.

“Semua menteri dan timbalan menteri BN telah diminta mengambil tindakan menerusi kementerian masing-masing dalam usaha memulihkan ekonomi dan menjana peluang pekerjaan terutamanya golongan yang terkasan oleh COVID-19.

Ahmad Zahid turut menyatakan bahawa UMNO ketika ini memberi keutamaan kepada sidang Dewan Rakyat yang akan bermula pada 13 Julai ini. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.