9 maut ditembak di New York, cemari Hari Kemerdekaan AS

34

6 JULAI: Sembilan orang dilaporkan maut dalam beberapa kejadian tembakan dan keganasan di New York pada Sabtu, ketika rakyat Amerika Syarikat (AS) menyambut Hari Kemerdekaan negara itu.

Memetik jurucakap Jabatan Polis New York (NYPD), dari Jumaat sehingga semalam, seramai 51 orang ditembak dalam lebih 30 kejadian berasingan di bandar itu.

Sementara itu, stesen televisyen NBC New York melaporkan sembilan orang maut dalam insiden tembakan yang berlaku dalam tempoh 12 jam pada Sabtu waktu tempatan.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, New York dilanda insiden keganasan membabitkan senjata api.

Menurut statistik jenayah NYPD pada Mei, terdapat 100 kejadian tembakan berbanding tempoh sama tahun lalu.

Minggu lalu bandar raya itu melaporkan 63 kes, peningkatan 142 peratus berbanding minggu sama pada 2019, menurut NBC New York.

Beberapa pihak menyalahkan keputusan NYPD membubarkan unit antijenayah pada pertengahan Jun lalu menjadi penyumbang kepada peningkatan kes bagaimanapun, Datuk Bandar Bill de Blasio menafikan perkara itu.

Presiden Donald Trump pada Ahad mahu Gabenor New York Andrew Cuomo dan Bill de Blasio mengambil tindakan sewajarnya.

“Kerajaan Persekutuan bersedia membantu, jika diminta.” tulis Trump di Twitter miliknya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.