Al Jazeera dikecam rakyat, laporan sangat tidak betul – Adham Baba

134

5 JULAI: Keberkesanan tindakan kerajaan Malaysia dalam mengekang penularan COVID-19 bukan sahaja diakui rakyat negara ini bahkan menerima pujian dari seluruh dunia.

Justeru, apabila media antarabangsa, Al Jazeera menyiarkan laporan memburukkan tindakan kerajaan terhadap pekerja asing ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), perkara tersebut pantas mengundang kecaman spontan rakyat negara ini.

Pengguna media sosial negara ini bersatu meninggalkan pelbagai kritikan di laman Facebook stesen berita tersebut yang antaranya menyifatkan laporan menerusi segmen berita 101 East itu sebagai keterlaluan dan dibuat tanpa berlandaskan fakta.

Malah, ada komen yang menyifatkan laporan berkenaan sebagai contoh ‘berita palsu’ apabila stesen televisyen berpengkalan di Asia Barat itu mengaitkan tindakan kerajaan Malaysia antaranya dengan perkauman.

Walhal realitinya, kerajaan amat berhati-hati dalam menguruskan warga asing ketika kemuncak pandemik COVID-19 dengan tetap mengutamakan aspek kemanusiaan walaupun pada masa sama perlu menanganinya untuk melindungi kesihatan rakyat.

Laporan video bertajuk ‘Dipenjara ketika Lockdown Malaysia: Kami menyiasat mengapa pandemik Covid-19 memaksa pekerja asing – tulang belakang ekonomi Malaysia – untuk bersembunyi itu disiarkan selama 25 minit.

Ketika ditanya mengenai laporan berita berkenaan, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba menegaskan ia sangat tidak tepat.

Sedangkan katanya, kerajaan telah bertindak mengikut Akta Kawalan Pencegahan Penyakit (AKta 342).

“Kita perlu pastikan semua yang dikesan melalui PKP dapat kita saring dan kita asingkan. Itu sebenarnya matlamat kita,” kata Adham kepada pemberita selepas satu majlis di Tenggara, Johor hari ini. -M.H HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.