Zahid ucap takziah pemergian Mohamad Noordin

92

4 JULAI: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan takziah kepada keluarga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mohamad Noordin Awang atas pemergian Allahyarham pada pukul 7 malam tadi.

“Salam takziah kepada keluarga Allahyarham dan kita berdoa agar rohnya ditempatkan dalam kalangan golongan beriman dan beramal soleh,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya.

Dilaporkan, Allahyarham yang juga Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian meninggal dunia akibat kanser paru-paru di kediamannya di Kampung Kota.

Jenazah Mohamad Noordin, 68, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Panjang, Kampung Kota selepas subuh tadi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.