Tidak rasmi: Sharim (BN) menang PRK Chini

201

4 JULAI: Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Md Zain secara tidak rasminya telah beroleh 10,350 undi majoriti dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini, hari ini.

Jumlah 11,370 undi diterima beliau setakat ini mengatasi bilangan yang diterima oleh dua calon Bebas, Datuk Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin (1,020) dan Mohd Shukri Mohd Ramli (110).

Keputusan rasmi akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam ini selepas proses penjumlahan undi selesai.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.