PRK Chini: Pengundian lancar setakat 12 tengah hari

33

4 JULAI: Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini berjalan lancar tanpa sebarang gangguan dan tiada laporan polis diterima, setakat jam 12 tengah hari tadi.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Pahang, Datuk Abd Jalil Hassan yang berkata, pegawai dan anggota polis ditugaskan hari ini juga meningkat kepada lebih 700 orang berbanding 399 pada hari penamaan calon.

Menurut beliau, berdasarkan pemerhatian di 13 pusat mengundi yang mula dibuka pada jam 8 pagi tadi, tiada sebarang bentuk kekacauan berlaku.

“Proses pengundian di semua pusat itu berjalan dengan lancar dan tenang, mengikut kebiasaan baharu akibat pandemik COVID-19,” katanya.

PRK DUN Chini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Md Zain, 41, dan dua calon Bebas, iaitu Datuk Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, serta Mohd Shukri Mohd Ramli, 49.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.