Calon BN selesai mengundi di KAFA Felda Chini 3

55

4 JULAI: Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Mohd Sharim Md Zain bersama isteri, Norhiliyana Abd Hamid, mengundi di Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Felda Chini 3, jam 9.10 pagi tadi.

Memetik laporan UMNO Online, sebanyak 13 pusat pengundian dan 65 saluran disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dalam suasana pengundian normal baharu.

Secara keseluruhan, terdapat sebanyake 66 saluran di 14 pusat mengundi bagi DUN Chini termasuk saluran dan pusat mengundi awal membabitkan 18 pengundi awal yang selesai pada 30 Jun lepas.

PRK DUN Chini menyaksikan 20,990 pengundi yang terdiri daripada 20,972 pengundi biasa dan 18 pengundi awal.

PRK kawasan berkenaan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Mohd Shahrim yang dicabar dua calon Bebas iaitu, Datuk Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin dan Mohd Shukri Mohd Ramli.

PRK DUN Chini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, pada 6 Mei lalu di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung.

Abu Bakar menjadi wakil rakyat kawasan itu sejak Pilihan Raya Umum ke-11.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.