2 maut insiden tembakan di Pattani

33

4 JULAI: Dua termasuk seorang militan maut, manakala dua renjer cedera parah dalam satu insiden berbalas tembakan di Daerah Panare, Pattani, Selatan Thailand, semalam.

Memetik laporan BERNAMA, Ketua Polis Pattani, Mejar Jeneral Piyawat Chalermsi, berkata dalam kejadian kira-kira jam 2 petang (waktu tempatan), pihak berkuasa mengepung sebuah rumah di Kampung Rawo yang dipercayai menjadi tempat persembunyian anggota kumpulan militan.

“Apabila pasukan keselamatan memasuki kampung, mereka ditembak sekumpulan lelaki bersenjata.

“Insiden berbalas tembakan antara pasukan keselamatan dan kumpulan lelaki bersenjata menyebabkan seorang anggota militan dan seorang sukarelawan maut di tempat kejadian manakala dua renjer cedera parah,” katanya.

Bagaimanapun, Chalermsi berkata kumpulan lelaki bersenjata itu berjaya meloloskan diri dan pihak berkuasa mempergiatkan usaha untuk menjejaki mereka.

Chalermsi berkata siasatan awal mendapati anggota militan yang terbunuh mempunyai dua waran tangkap iaitu pada 2010 dan 2011.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.