PAS mahu Malaysia bebas dominasi DAP

64

3 JULAI: PAS konsisten dalam mencapai matlamat mewujudkan sebuah negara sejahtera dan stabil dari aspek politik dan tidak didominasi oleh DAP.

Naib Presiden PAS, Senator Idris Ahmad berkata naratif yang mahu dibawa PAS sebelum ini adalah mahu menolak Pakatan Harapan (PH) yang mana DAP dilihat mendominasi kerajaan terdahulu.

Justeru, beliau berkata pertemuan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bersama presiden pelbagai parti politik yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) dilihat mampu memperkukuhkan gabungan berkenaan.

“Apa yang penting ialah, objektif kita untuk nak pastikan politik malaysia ini tidak didominasi oleh DAP kerana sepanjang dua tahun mereka memerintah, memberi penderitaan kepada rakyat dan perkara tersebut telah dialami oleh rakyat Malaysia sendiri.

“Kita juga ingin menegaskan bahawa Tan Sri Muhyiddin adalah Perdana Menteri kita yang perlu kita sokong dan beri sokongan demi kestabilan politik negara kita,” katanya ketika mengulas mengulas berhubung pertemuan presiden parti di bawah PN baru-baru ini.

“Kita berharap perjumpaan kelmarin antara Perdana Menteri dan Presiden parti dalam PN akan mengukuhkan lagi (muafakat) antara kita.

Sebelum ini media melaporkan UMNO dan PAS secara prinsip bersetuju untuk terus menyokong Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Mengesahkan perkara itu, Setiausaha Bersama Sekretariat Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa berkata, keputusan itu dibincang dalam mesyuarat bersama baru-baru ini.

Beliau berkata, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendapat sokongan kedua-dua parti Melayu Islam terbesar.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.