Mulianya hati Najib, duduk semeja dengan Azmin

392

3 JULAI: Sekeping gambar memaparkan Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam Facebook hari ini membuktikan bekas Perdana Menteri itu seorang pemimpin yang berjiwa besar.

Gambar yang dirakamkan semasa mereka menikmati sarapan pagi pada hari terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Chini itu seterusnya tular dalam media sosial dan menjadi bualan para netizen.

Memang diketahui umum bekas Timbalan Presiden PKR itu agak lantang menyerang Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor sebelum beliau menyertai Perikatan Nasional (PN).

Namun, Najib kelihatan seperti sudah melupakan kisah-kisah lama dan bersedia membuka lembaran baharu dengan Mohamed Azmin yang kini berkongsi pentas politik yang sama.

Ramai netizen yang terharu dan kagum melihat kemesraan yang ditunjukkan oleh Najib ketika menyambut dan melayan Mohamed Azmin di meja makan.

Malah, mereka memuji sikap mulia yang ditunjukkan oleh Najib itu dan tertarik untuk mencontohinya. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.