Harga petrol turun 4 sen, diesel turun 2 sen

68

3 JULAI: Harga runcit bagi setiap liter RON95 dan RON97 turun 4 sen, manakala harga baharu diesel turun 2 sen untuk tempoh 4 sehingga 10 Julai 2020.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan media berkata, penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik, dengan harga baharu seliter bagi seliter RON95 turun sebanyak 4 sen seliter menjadi RM1.65 berbanding RM1.69 seliter sebelum ini.

Kata kementerian itu, harga runcit baharu RON97 ialah RM1.95 seliter berbanding RM1.99 seliter sebelum ini, manakala harga runcit baharu diesel pula turun kepada RM1.84 seliter (RM1.86 sebelum ini).

“Penurunan ini dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses , selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa ini.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan
kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata Kementerian Kewangan. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.