COVID-19: Industri pelancongan Afrika terjejas teruk

16

3 JULAI: Industri pelancongan di benua Afrika yang memeliki pelbagai tarikan terutama safari mencatatkan kerugian kira-kira AS$55 bilion (RM236 bilion) susulan penularan COVID-19.

Menurut Kesatuan Afrika, situasi teruk itu berikutan sempadan udara, darat dan laut ditutup bagi mengekang wabak berkenaan walaupun ia menjejaskan sumber pendapatan penduduk.

“Kesannya sangat teruk,” kata Pesuruhjaya Kesatuan Afrika, Amani Abou-Zeid pada taklimat maya yang dianjurkan oleh Forum Ekonomi Dunia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Memetik laporan media antarabangsa, kerugian itu direkodkan dalam tempoh tiga bulan dan Abou-Zeid tidak menolak ada syarikat penerbangan yang tidak mampu bertahan dalam tempoh sukar itu.

Walaupun terdapat peningkatan kes secara berterusan, negara-negara di Afrika tetap dengan rancangan untuk meneruskan lalu lintas udara.

Sebilangan kecil negara membuka semula sempadan minggu lalu, termasuk Zambia dan Sierra Leone.

Senegal mengumumkan penyambungan semula perjalanan udara antarabangsa mulai 15 Julai.

Afrika mencatatkan lebih 420,000 kes coronavirus dengan lebih 10,000 kematian.

Afrika Selatan adalah negara di Afrika sub-Sahara yang paling teruk terkesan dengan menyumbang sekitar satu pertiga daripada jumlah kumulatif kes di rantau itu.

Prosper Zo’o Minto’o dari Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) menyifatkan kesan virus itu terhadap industri penerbangan Afrika sebagai “membimbangkan.”

Zo’o Minto’o menganggarkan syarikat penerbangan memerlukan sekurang-kurangnya AS$20 bilion (RM85.6 bilion) sebagai bantuan rangsangan untuk mereka kembali beroperasi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.