Penduduk Hong Kong ditawar jadi warga UK

45

2 JULAI: Sebagai reaksi balas terhadap tindakan China menguatkuasakan undang-undang keselamatan baharunya di Hong Kong, United Kingdom (UK) bertindak mmenawarkan kewarganegaraan kepada penduduk bekas wilayah petantadbirannya itu.

Perdana Menteri UK, Boris Johnson berkata, pengumuman itu adalah maklum balas langsung berhubung undang-undang China yang penuh kontroversi itu.

“Kita berpegang kepada peraturan dan kewajipan,” katanya kepada Parlimen Britain beberapa jam selepas China melakukan penahanan pertama di bawah undang-undang baharu itu.

Johnson berkata, akta berkenaan jelas melanggar Deklarasi Bersama Sino-British ketika penyerahan Hong Kong kepada China.

Beliau berkata, pihaknya sudah memberi amaran kepada Beijing bahawa akan memperkenalkan kaedah bagi pemegang penduduk Hong Kong yang menjadi pemegang pasport British National Overseas (BNO) untuk berpindah ke UK.

“Itu akan kita lakukan sekarang,” katanya.

Terdapat kira-kira 300,000 penduduk Hong Kong adalah pemegang pasport BNO dan 2.6 juta orang lagi layak untuk mengemukakan permohonan.

Hong Kong ditadbir oleh UK sehingga diserahkan semula kepada China pada 1997 dengan jaminan bahawa Beijing akan melindungi autonomi wilayah khas itu sehingga tempoh 50 tahun.

Bagaimanapun, China menguatkuasakan akta keselamatan baharu yang dianggap melanggar jaminan berkenaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.