Tinjauan 5 bank Malaysia disemak semula

24

1 JULAI: Agensi penarafan S&P Global Ratings menyemak semula tinjauan ke atas lima bank di negara ini, iaitu Malayan Banking Bhd (Maybank), CIMB Bank Bhd, Public Bank Bhd, RHB Bank Bhd dan AmBank (M) Bhd, daripada ‘stabil’ kepada ‘negatif.

S&P Global turut mengesahkan semua penarafannya ke atas bank-bank itu, memandangkan jangkaan kes asasnya bahawa profil kredit kendiri bank-bank ini mempunyai penampan mencukupi untuk bertahan dalam keadaan operasi sukar tahun ini dan tahun depan.

Penarafan kredit penerbit ‘A-‘ jangka panjang dan ‘A-2’ jangka pendek diberikan kepada Maybank, CIMB Bank, dan Public Bank, serta penarafan kredit penerbit ‘BBB+’ jangka panjang dan ‘A-2’ jangka pendek ke atas RHB Bank dan AmBank.

Tindakan penarafan ke atas bank-bank tersebut dilakukan ekoran semakan semula tinjauan S&P Global ke atas penarafan kredit kerajaan ke atas Malaysia (mata wang asing A-/Negatif/A-2; mata wang asing A/Negatif/A-1), mencerminkan risiko pertumbuhan perlahan tambahan kepada metrik fiskal kerajaan berikutan iklim ekonomi global yang lemah dan peningkatan tahap ketidaktentuan dasar.

“Kami menjangka bank-bank ini terus mendapat manfaat daripada sokongan luaran dalam tempoh 12 hingga 24 bulan akan datang, walaupun kepercayaan kredit kedaulatan itu sendiri akan menerima tekanan.

“Penarafan kami ke atas kesemua lima bank itu akan turun sekiranya berlaku penurunan kedaulatan dalam tempoh 18 hingga 24 bulan akan datang,” jelas S&P Global dalam satu kenyataan, semalam.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.