Tidak perlu permit MyPass masuk Malaysia

53

30 JUN: Individu yang ingin memasuki Malaysia melalui jalan darat dan udara dari Singapura tidak lagi memerlukan permit MyPass mulai semalam.

Perkara itu diumumkan dalam laman Facebook Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.

“Berkuat kuasa mulai 29 Jun 2020, rakyat Malaysia atau warganegara lain (dengan kebenaran), tidak lagi perlu menunjukkan permit MyPass mereka untuk memasuki Malaysia (melalui darat atau udara’, jelasnya.

Sebelum ini, sesiapa yang ingin memasuki negara ini perlu mendapatkan permit MyPass dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia sekurang-kurangnya dua hari sebelum tarikh berlepas. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.