PH patut akur PN kerajaan yang sah

178

30 JUN: Pembangkang perlu menerima hakikat bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) ditubuhkan mengikut Perlembagaan Persekutuan dan sah dari segi undang-undang.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman berpandangan, tiada keperluan bagi Pakatan Harapan (PH) untuk menjatuhkan kerajaan PN dengan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya melihat situasi ini memerlukan kematangan ahli politik termasuk pembangkang. Mereka perlu terima hakikat dan realiti kerajaan baharu PN ditubuhkan secara lancar dan mengikut peraturan Perlembagaan negara.

“Pembentukan kerajaan PN sejak tiga bulan lalu adalah mandat rakyat melalui majoriti mencukupi daripada Ahli Parlimen. Itu perlu difahami terlebih dahulu. Kerajaan ini adalah kerajaan mandat rakyat, iaitu melalui Ahli Parlimen yang dipilih rakyat dan kami berhak untuk membentuk kerajaan,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian Online.

Usul tersebut dikemukakan oleh Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Mohd Yusoff pada Mei lalu.

Dewan Rakyat dijadualkan bersidang semula pada 13 Julai ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.