Ahmad Zulqarnain dilantik Presiden PNB yang baharu

165

30 JUN: Teka-teki siapa yang dilantik sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) yang baharu akhirnya terjawab semalam.

PNB melalui kenyataan media mengumumkan Ahmad Zulqarnain Onn akan menyandang jawatan tersebut mulai esok.

“Berdasarkan semua keperluan yang telah ditetapkan, PNB telah menerima kesemua kelulusan yang diperlukan bagi pelantikan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan yang baharu, termasuk daripada Yayasan Pelaburan Bumiputra, Lembaga Pengarah PNB dan pihak badan kawal selia,” jelas PNB.

Sebelum ini, beliau merupakan Timbalan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), dan mempunyai pengalaman lebih 23 tahun dalam sektor perkhidmatan kewangan dan korporat

Ahmad Zulqarnain menggantikan Abdul Jalil Abdul Rasheed, yang meletak jawatan secara mengejut pada 15 Jun lalu. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.