Zakaria dilantik Pengerusi PNS

76

29 JUN: Ahli Parlimen Libaran, Datuk Zakaria Mohd Edris telah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Nasional Bhd (PNS) mulai 15 Mei lalu.

Perkara itu diumumkan PNS dalam kenyataan media, semalam.

Beliau memiliki Sarjana Eksekutif Pentadbiran Perniagaan (EMBA) dalam Pengurusan Sumber Manusia dari Universiti St Clement, United Kingdom.

Zakaria juga pernah bertugas sebagai Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Ahli Majlis Perbandaran Sandakan dan Pengerusi Lembaga Industri Getah Sabah.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.